Telemovie mengisahkan seorang pemuda Melayu yang belajar seni bela diri masyarakat India iaitu Silambam. Perkara ini mendapat tentangan dari kedua-dua pihak iaitu pihak masyarakat India dan masyarakat Melayu itu sendiri.
Ayu meninggalkan Danial di hospital tanpa sebarang maklumat kecuali dia meninggal sebuah buku bertajuk -99 Nama Allah. Dia baru sedar yang dia telah melupakan Tuhan dan baru mengetahui Allah mempunyai 99 nama.
Julia dan Awal merupakan sahabat baik sewaktu di Universiti. Julia menyukai Awal namun Awal menganggapnya seperti kawan. Awal disukai ramai wanita kerana penampilannya yang kacak dan bergaya.
Deris menetap dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia sudah tiga tahun tidak balik menyambut Hari Raya Haji di kampungnya di Kelantan. Lima hari sebelum Hari Raya Haji, Pak Brahim dan Mak Esah mengambil keputusan untuk datang menjemput Deris di Kuala Lumpur. Kedatangan ibu bapanya membongkar rahsia kehidupan Deris. Walaupun dia seorang budak Kelantan, ada peristiwa yang tragis menyebabkan Deris memilih untuk tidak untuk bercakap dalam loghat Kelantan.
Lakonan: Zul Huzaimy, Almy Nadia, Mustapha Kamal, Husyairy Chua, Sabri Yunus, Norseha Hameed, Haeriyanto Hassan
Pak Khamis dan Mak Timah menyambut baik tawaran menunaikan Haji dengan harga RM 6,000 dan dapat menikmati Umrah percuma yang dibawa masuk oleh Ismet melalui MLM yang disertainya. Mereka berangkat sebaik sahaja Syawal berakhir. Tersangatlah gembiranya mereka kerana dapat menunaikan Umrah terlebih dahulu dan dapat membuat beberapa persediaan untuk menyambut musim Haji. Malangnya, apabila masuk sahaja musim haji, Salleh ketua kumpulan rombongan telah memesan kepada semua ahli MLM supaya menyerahkan passport mereka dan berpindah hotel ke sebuah perkampungan orang-orang Pattani. Mereka tinggal di sebuah rumah. Keadaan mereka seperti orang pelarian kerana mereka sama sekali tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu sementara menunggu masuk jemaah haji yang lain. Salleh pula menghilangkan diri. Mahu tak mahu Pak Khamis dan Mak Timah serta jemaah yang lain terpaksa menjaga diri sendiri.